Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan hujan bergunung-ganang yang terletak dua jam dari Kuching. Terletak berdekatan Lundu, bandar kecil di barat daya Sarawak. Pada mulanya, taman ini merupakan kawasan pemuliharaan tertutup bagi Rafflesia yang menakjubkan, bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga satu meter diameter. Walau bagaimanapun, selepas pelbagai kajian kesan alam sekitar, Jabatan Taman Negara memutuskan bahawa Gunung Gading adalah satu khazanah yang patut dikongsi dengan orang ramai. Ia telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, Taman Negara Gunung Gading masih lagi dipantau dengan teliti oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan semua pelawat mendapat peluang untuk melihat bunga Rafflesia tanpa menyebabkan sebarang kerosakan kepada pucuk muda dan flora lain di kawasan berdekatan. Satu laluan yang dibuat daripada papan telah dibina berhampiran kawasan di mana Rafflesia sering dijumpai, supaya pelawat berpeluang melihat bunga ini mekar berkembang. Denai hutan menuju ke arah sungai, air terjun yang mengalir deras dan kawasan pergunungan, dengan satu laluan yang membawa pendaki ke puncak Gunung Gading (906m). Pergunungan berbatu di dalam Taman memberikan latar belakang menarik kepada bandar Lundu yang terletak berhampiran, dan juga pantai di Pandan dan Siar.
Taman Negara Tanjung Datu
Tanjung Datu terletak di sudut paling Barat Negeri Sarawak. Disini, taman negara terkecil di Sarawak ini menawarkan kombinasi daya tarik yang jarang ditemui disatu tempat – terumbu karang serta hutan hujan perawan yang terletak hanya 100 meter saja diantara satu sama lainnya.dapat bermalam berdekatan taman laut ini yaitu di perkampungan nelayan Teluk Melano – hanya tiga jam perjalanan dari kota Kuching menggunakan van atau kapal boat.Dirasmikan pada tahun 1994, taman ini merupakan taman negara terbaru dan yang terkecil bagi Negeri Sarawak yang merangkum luas hanya 13 km persegi.
Taman Negara Gunung Gading
Gunung Gading adalah kediaman bagi bunga yang terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia yang mampu membesar sehingga 1-meter persegi. Apabila besar, bunga ini akan mengeluarkan satu bau busuk yang boleh menarik perhatian lalat-lalat dan serangga. Bunga Rafflesia tidak mempunyai musim yang spesifik tetapi musim hujan mampu menyebabkan ia kerap berbunga. Bunga ini mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk matang dan hanya bertahan untuk mekar berbunga dalam tempoh 4-5 hari sahaja sebelum mati. Disebabkan tempoh bunga ini berbunga yang sangat jarang maka ketepatan masa adalah sangat penting. Kakitangan taman kebiasaannya tahu bila bunga ini akan mekar berbunga. Pengunjung boleh menyemak dengan pihak pentadbiran taman di talian 082735144 atau di pejabat tempahan Taman Negara dan Hidupan Liar Kuching di talian 082248088 untuk mengetahui bunga ini akan berbunga atau bakal berbunga. Bulan November, Disember dan Januari merupakan musim terbaik di mana kekerapa untuk ia berbunga adalah tinggi.
Taman Negara Tanjung Datu
Tanjung Datu mungkin sebuah taman negara di Sarawak yang terkecil yang hanya dalam lingkungan 14 km persegi sahaja tetapi ia merupakan yang tercantik di kalangannya. Taman ini terdiri daripada rabungan sempit hutan kasar yang dilitupi banjaran bukit dengan pasir pantainya yang putih, air nya yang jernih berkilauan dan tompokan batu-batu karang.
Pantai Pandan
Pantai Pandan terletak lebih kurang 10-kilometer dari Pekan Lundu. Pantai ini mempunyai pemandangan pantai dan laut yang cantik. Kawasan pantai ini masih lagi dibangunkan untuk menepati keselesaan para pengunjung. Anda bebas untuk memilih lokasi untuk bersantai mengikut keselesaan anda semasa berada di pantai ini. Pantai Pandan terletak berhampiran dengan Kampung Pandan. Menurut penceritaan daripada penduduk setempat, nama Pandan diperolehi berdasar kepada jumlah daun pandan yang banyak tumbuh dikawasan tersebut suatu masa dahulu. Pada setiap hujung minggu, kawasan pantai ini akan dipenuhi dengan ramai pengunjung yang terdiri daripada masyarakat dalam maupun dari luar negara yang ingin menikmati keindahan dan kedamaian pantai ini.
Pantai di Daerah Kecil Sematan
Terdapat banyak pantai di Daerah Kecil Sematan yang boleh dilawati dan mempunyai pemandangan yang cantik. Antaranya adalah Palm Beach, Pantai Pueh, Pantai Abang Amin, Pantai Siru Melayu dan Pantai Sungai Kilong.
Siar Beach Resort
Sebuah tempat penginapan dan rekreasi terletak di tepi pantai Siar yang cantik dan tidak jauh dari Pekan Lundu. Pelbagai pilihan bilik penginapan disediakan untuk ditempah.
Permata Pugu Camping Site
Jika anda berkunjung ke Lundu dan ingin merasai pengalaman percutian berbeza atau bagi yang menggemari aktiviti perkhemahan dan perkelahan, Permata Pugu Camping Site (PPCS) adalah lokasi dan pilihan terbaik yang patut anda tujui dan pilih sebagai lokasi penginapan anda. Di situ anda boleh membuat pilihan bermalam di dalam khemah atau memilih penginapan berbentuk kabin yang selesa di tepi pantai. Malah pengunjung juga boleh membawa khemah sendiri untuk didirikan di situ.
Bukit Gondol
Bukit Gondol terletak di pesisiran pantai berdekatan Kampung Pugu, Lundu. Dengan ketinggian kira-kira 100 m, Bukit Gondol ialah tempat yang mudah didaki bagi yang masih baru dalam hiking. Kami meluangkan masa selama 2 jam untuk mendaki, berselfie (perkara paling penting) dan turun dari bukit. Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat hiking yang baru atau mula berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, kami recommend anda untuk menjejaki Bukit Gondol.
Roxy Beach Resort
Roxy Beach Resort menawarkan rumah percutian dan penginapan terletak tidak jauh dari Pekan Sematan. Pelbagai kemudahan disediakan disamping pemandangan tepi pantai yang cantik untuk dilihat.