Komuniti
Ringkasan
Lundu adalah sebuah bandar yang terletak di bahagian barat daya Bahagian Kuching bagi Negeri Sarawak, Malaysia dan bersempadanan dengan negara Indonesia. Walaupun sungai utama yang mengalir di kawasan ini dinamakan Batang Kayan tetapi tiada bukti menyatakan adanya bangsa Kayan yang pernah menetap di sini. Pada pertengahan abad ke 18, sekumpulan orang Bidayuh telah berhijarah ke sini dari Bau dan menetap di bahagian barat sungai Batang Kayan di mana Kampung Stunggang Melayu sekarang berada. Mereka pernah digelar sebagai Dayak Lundu dan walaupun keturunan terakhir daripada kelompok ini telah meninggal dunia di sekitar tahun 1960an, kita masih dapat melihat tinggalan pokok-pokok durian yang telah mereka tanam. Nama "Lundu" diambil daripada nama ikan kecil iaitu ikan Lundu yang ada di Sungai Lundu, sungai yang mengalir turun dari Gunung Gading.
Populasi
Jumlah penduduk Lundu ialah seramai 38700 orang manakala keluasan Daerah 1,916 (km2), termasuk Daerah Kecil Sematan. Penduduk Lundu terdiri dari pelbagai bangsa seperti Dayak Bidayuh, Dayak Iban, Melayu dan Cina.
Parlimen
Y.B. Tuan Mordi Anak Bimol
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : PH - DAP
Parlimen : P192
Kawasan : Mas Gading
No. Telefon : 082-762178
No. Fax : 082-762178
E-Mail : mordibimol@gmail.com
Alamat Surat-menyurat: Aras 1, Lot 732, Blok A, Pekan Bau,94000 Kuching, Sarawak.
DUN
YB Tuan Ranum Anak Mina
Kawasan Pilihanraya : N.1 Opar
Nama : Yb. Tuan Ranum Anak Mina
Tarikh Lahir : 11.11.1951
Alamat : No. 33b, Kampung Bagak, Jalan Lundu-Sematan, 94500 Lundu, Sarawak
No. Telefon (Kediaman) : 082-734655
No. Fak : 082-734139
Parti : Parti Sarawak Bersatu - PSB
Penghulu / Ketua Kampung
Nama Ketua Masyarakat : Jinep Anak Jiheng
Jawatan : Penghulu
Bidangkuasa/Kawasan : Zon Stungkor
No Telefon : Akan dikemaskini