Kelas Usahawan - Gambar Makanan
22 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2022, staf PEDi Kg Stungkor Baru telah membantu salah seorang staf pekerja kedai makanan untuk mengambil gambar makanan dan cara menghasilkan menu makanan dengan menggunakan telefon bimbit. Staf telah mengajarnya beberapa kriteria yang perlu dititikberatkan seperti pencahayaan yang bagus, makanan yang baru disiapkan akan lebih menarik, posisi kamera dan pelbagai lagi. Gambar beberapa jenis makanan telah diambil. Kemudian, beliau telah diminta untuk muat turun aplikasi “Add Text: Text on Photo Editor”. Aplikasi tersebut mudah untuk digunakan. Beliau diajar cara mengubah saiz gambar makanan dan tambah nama makanan pada setiap gambar. Beliau sangat teruja untuk menggunakan kaedah tersebut untuk menghasilkan gambar makanan yang lain pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: