Bual Bicara Keselamatan Internet
25 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Jun 2021, Bual Bicara Keselamatan Internet telah dijalankan hasil kolaborasi antara wakil staf dari Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya, PIK PPR Seduan Rantau Panjang, PIK PPR Taman Sri Wangi, PIK Kg Stungkor Baru, PIK Tanjung Manis dan PIK Kg Pandan. Bual bicara ini telah dilakukan secara rakaman menggunakan aplikasi Zoom sebelum di muat naik ke Facebook Page PIK masing-masing. Topik yang telah dibicarakan adalah berkaitan buli siber, sexting, pengantunan dalam talian, maklumat palsu, perkongsian secara berlebihan dan panggilan palsu.
Pemilihan topik ini adalah berikutan sering menjadi isu yang timbul disebabkan dan melalui penggunaan internet dan media sosial. Masyarakat haruslah didedahkan dengan isu ini agar mereka tahu apa tindakan dan cara pencegahan yang patut dilakukan. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau penggunaan telefon pintar dan media sosial oleh anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa. Penggunaan yang tidak terkawal atau bermoral akan menyebabkan kerugian atau mendedahkan mereka kepada bahaya. Pengguna haruslah beringat agar tidak berkongsi maklumat peribadi, lokasi dan gambar intim di media sosial yang akan dilihat oleh pelbagai pengguna daripada pelbagai latar belakang yang tidak diketahui.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: