Kuiz ICT dan Komputer
14 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2021, staf Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan aktiviti Kuiz ICT dan Komputer. Staf telah menyediakan kuiz dengan menggunakan Quiziz.com yang lebih menarik sebelum pautan kuiz tersebut di muat naik ke Facebook Page Pusat Internet Kg Stungkor Baru. Soalan yang disediakan amat menarik dan mudah serta sesuai dijawab oleh pelbagai peringkat umur. Antaranya adalah untuk menguji minda sama ada mereka kenal atau tidak ikon aplikasi di dalam komputer yang mereka sering gunakan seperti Microsoft PowerPoint dan lain-lain. Selain itu, mereka turut diuji dengan soalan yang berkaitan dengan enjin carian seperti Google, Yahoo, Amazon dan Mozilla Firefox. Terdapat juga beberapa soalan yang mencabar disediakan untuk menarik minat mereka mencari info lebih lanjut di internet dan dapat memberi pendedahan kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: