Advokasi (Waspada Dalam Talian)
13 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2021, PIK Kg Stungkor Baru telah mengadakan Advokasi (Waspada Dalam Talian) kepada peserta yang hadir. Peserta dibahagikan kepada 2 sesi untuk menghadkan jumlah peserta dalam satu-satu masa untuk mematuhi SOP berikutan penularan wabak Covid-19. Antara cara untuk melindungi diri ketika berada dalam talian adalah hadkan perkongsian maklumat peribadi, sedar akan status sosial, tingkatkan tahap keselamatan peranti, gunakan kata laluan yang kompleks, berhati-hati dengan penipuan, berhati-hati menggunakan wifi awam, jangan buka mesej daripada orang yang tidak dikenali dan aktifkan penentusahan dwi-faktor.
Untuk setiap cara perlindungan tersebut, peserta digalakkan untuk mengulas secara ringkas dan berikan contoh yang berkaitan dalam kehidupan seharian mereka serta orang terdekat. Semoga perkogsian dan pemahaman tersebut dapat diterapkan dan mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kecurian identiti daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: