Bual Bicara Literasi Digital
26 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2021, staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah berkolaborasi dengan wakil staf PIK Kg Pandan untuk mengadakan Bual Bicara Literasi Digital. Rakaman bual bicara telah dimuat naik ke Facebook Page PIK Kg Stungkor Baru dan PIK Kg Pandan. Topik yang dibicarakan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu internet dan media sosial, inisiatif digital kerajaan Sarawak dan berurusan secara digital. Pemahaman berkaitan perbezaan antara internet dan media sosial adalah sesuatu yang bukan asing lagi.
Tambahan pula, majoriti pengguna telefon pintar kini pastinya mempunyai media sosial sendiri terutamanya aplikasi Whatsapp. Selain itu, beberapa inisiatif digital kerajaan Sarawak juga menjadi fokus bual bicara agar penonton akan dapat lebih mengetahui fungsi dan kelebihan inisiatif tersebut. Antara inisiatif digital kerajaan Sarawak adalah Sarawak.gov, Sarawak ID, Aplikasi Angka.sa2, Sarawak Pay, Talikhidmat, Sistem e-scholarship dan e-recruitment. Pendedahan kepada inisiatif ini pastinya dapat membantu rakyat Sarawak untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan lebih mudah, boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja secara atas talian. Antara urusan secara digital yang patut dimanfaatkan oleh pengguna adalah e-wallet, perbankan internet, membeli-belah dalam talian, e-hailing, e-delivery dan kedai atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: