Pengenalan Asas Komputer
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2021, seramai 4 orang pelajar telah mengikuti Kelas Pengenalan Asas Komputer. Rujukan yng digunakan oleh pengajar adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Tahun 4. Mereka telah didedahkan dengan jenis-jenis komputer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Contoh aplikasi komputer adalah kalkulator, kereta, alat elektronik dan pelbagai lagi.
Selain itu, mereka juga diajar istilah baru iaitu input, proses dan ouput. Contoh yang diberikan adalah 1 + 1 adalah input yang dimasukkan ke dalam kalkulator, kalkulator akan proses data tersebut dan jawapan 2 adalah sebagai output. Mereka turut diuji dengan dengan soalan apakah contoh pengangkutan yang tidak menggunakan komputer? Rata-rata jawapan yang diberikan adalah kereta sorong, basikal dan kereta kuda. Ini menunjukkan mereka dapat memahami dengan baik. Di akhir kelas, beberapa soalan lain turut ditanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: