Kelas Sains – Rantai Makanan
11 April 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Sains – Rantai Makanan bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Stungkor Baru pada 10 April 2021. Kelas telah dihadiri seramai 2 orang pelajar sekolah rendah dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Antara pengisian kelas ini adalah dengan menerangkan kriteria, contoh hidupan pada tahap tertentu dan kaitan dengan saiz populasi di kawasan liar. Sebuah rantai makanan sering dimulai dengan tumbuhan ataupun rumpai laut yang akan dimakan oleh binatang herbivor, seterusnya karnivor. Aktiviti tambahan adalah mereka diuji untuk menyusun gambar-gambar yang diberi untuk membentuk satu rantai makan. Pelbagai aktiviti sampingan dijalankan untuk menambah minat mereka meneroka dan menguji tahap kefahaman masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: