Advokasi Membina Kebingkasan
12 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah mengadakan Advokasi Membina Kebingkasan dan dihadiri oleh 2 orang peserta. Kedatangan mereka adalah melalui temu janji dan diminta mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang berada di dalam PIK. Mereka telah didedahkan dengan contoh-contoh kegiatan di dalam internet yang harus dielakkan demi keselamatan sendiri dan orang lain.
Sebagai contoh, buli siber adalah perkara yang sering dipandang remeh oleh si pembuli dan tidak sedar bahawa perlakuan dan tutur kata mereka boleh menyebabkan gangguan emosi kepada mangsa. Selain itu, kegiatan pengatunan di mana mereka sering menjadikan inidividu yang mudah diperdaya khususnya kanak-kanak sebagai mangsa. Ketagihan internet juga merupakan isu yang serius terutama kepada pelajar kerana akan menjejaskan prestasi pelajaran mereka, kurang aktif dan mengalami masalah komunikasi. Kegiatan-kegiatan ini haruslah dibanteras dengan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Ibu bapa juga berperanan untuk membantu dan memantau kegiatan anak-anak mereka ketika menggunakan internet agar tidak menjadi mangsa mahupun pelaku.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: