Tutorial Menukar Gambar Latar Pada Zoom
13 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah menunjukkan cara untuk menukar gambar latar pada Zoom. Perkongsian dilakukan melalui Facebook Page Pusat Internet Kg Stungkor Baru. Berikutan penggunaan Zoom untuk menghadiri kelas, mesyuarat dan lain-lain jenis perjumpaan secara alam maya, pastinya ada yang tidak selesa untuk mempamerkan keadaan sekeliling semasa mereka kepada peserta yang lain jika diminta untuk menghidupkan kamera Zoom masing-masing. Oleh itu, cara untuk menyembunyikan keadaan di sekeliling anda ialah dengan menukar gambar latar Zoom kepada gambar yang anda ingini. Dengan cara ini, badan anda masih lagi kelihatan tetapi dengan berlatar belakangkan gambar yang anda pilih. Caranya adalah pergi ke tetapan, pilih “background and video” dan muat naik gambar latar yang anda inginkan. Selasai dan selamat mencuba.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: