Kelas Membuat Surat Tidak Rasmi
18 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Membuat Surat Tidak Rasmi yang telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Kelas dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Kelas ini adalah kesinambungan daripada kelas membuat surat rasmi pada hari sebelumnya. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang perbezaan surat rasmi dan tidak rasmi. Surat tidak rasmi mempunyai format yang berbeza iaitu maklumat dan alamat pengirim di sebelah kanan, diikuti tarikh, pengenalan, isi kandungan, penutup dan tandatangan. Selain tu, panggilan yang digunakan dalam surat tidak rasmi juga berbeza seperti panggilan ayahanda untuk merujuk ayah, bonda untuk ibu dan lain-lain. Penggunaan surat tidak rasmi adalah untuk mengirim surat kepada kawan atau keluarga untuk bertanya khabar, bercerita dan pelbagai lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: