Program Advokasi Waspada Panggilan Palsu Siri 2
25 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Program Advokasi Waspada Panggilan Palsu dan telah dihadiri oleh 4 orang peserta. Mereka diminta untuk mematuhi SOP yang telah digariskan sepanjang mengikuti kelas. Pemilihan tajuk ini adalah untuk meningkatkan tahap waspada peserta terhadap panggilan palsu atau dikenali sebagai scam. Antara kesan panggilan palsu adalah menyebabkan kerugian kepada mangsa yang terpedaya terhadap tipu helah mereka atau keselamatan sosial mereka akan terancam. Antara taktik yang sering digunakan adalah dengan meminta data peribadi anda (seperti nombor kad pengenalan atau nombor kad kredit) untuk mengesahkan identiti anda, mengarahkan anda untuk menghubungi mereka semula ke nombor yang berlainan serta memaklumkan kononnya anda telah memenangi hadiah, pertandingan atau barang berharga yang lain tetapi anda perlu memberikan maklumat akaun bank atau membuat pembayaran untuk memudahkan proses tuntutan. Peserta turut diajarkan cara untuk mengelakkan diri mereke menjadi mangsa. Di akhir program, mereka telah diminta untuk melakonkan ayat atau situasi panggilan palsu yang sering dikongsikan oleh individu lain di Facebook, Whatsapp atau Youtube.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: