Kongsi Fail Daripada Google Drive
28 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Ogos 2021, PIK Kg Stungkor Baru telah membuat perkongsian di Facebook Page PI Kg Stungkor Baru yang bertajuk Kongsi Fail Daripada Google Drive. Perkongsian ini pastinya bermanfaat kepada pekerja, guru, pelajar dan sesiapa sahaja yang sering menggunakan Google Drive dan ingin berkongsi “folder” atau “file” tertentu daripada Google Drive kepada orang lain. Cara ini sangat menjimatkan masa kerana boleh diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Caranya, pilih “folder” atau “file” yang hendak dikongsi, tekan kanan tetikus, pilih “share”. Masukkan emel penerima jika ingan berkongsi dengan orang tertentu sahaja atau tukarkan tetapan dan pilih sesiapa sahaja yang mempunyai pautan tersebut boleh akses untuk memberi komen, melihat atau mengubah kandungan di dalamnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: