Kelas Suntingan Video – Waspada Panggilan Palsu
17 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2021, staf Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas Suntingan Video- Waspada Panggilan Palsu. Kelas diadakan untuk mengajar 3 orang peserta yang ingin mendalami cara menghasilkan video yang sesuai dengan tajuk Waspada Panggilan Palsu. Hal ini disebabkan, mereka ingin menghantar penyertaan pertandingan mencipta video berkaitan penggunaan internet secara berhemah. Mereka telah diajar menggunakan “Video Editor” berkaitan cara untuk memuat naik pecahan video yang telah diambil, memotong video pada durasi tertentu sehinggalah cara menghasilkan video. Selain itu, mereka turut diajar cara menggunakan powtoon.com dan remove.bg. Mereka turut menggunakan pusat internet sebagai lokasi rakaman video mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: