Program Advokasi Bersama Ahli PIK
9 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Program Advokasi Bersama Ahli PIK yang telah dihadiri oleh 4 orang peserta pada sesi 1 dan 5 orang peserta pada sesi 2. Pemisahan sesi dilakukan untuk mematuhi SOP yang telah digariskan berikutan penularan wabak Covid-19. Objektif program ini adalah untuk mendidik peserta agar tidak terlebih berkongsi maklumat di media sosial, memantapkan sekuriti maklumat di Internet untuk mengelakkan sistem mereka mudah diceroboh atau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mematuhi etika yang baik ketika menggunakan media sosial. Dalam program ini, mereka telah diminta untuk menonton video advokasi buli siber dan tidak terlebih berkongsi yang telah disediakan oleh MCMC. Selain itu, antara pengisian utama adalah cara penggunaan Sebenarnya.my untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum mengesahkan kesahihan sesuatu berita yang tular. Jadilah pengguna yang bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: