Kenali Bendera Negeri Menggunakan PowerPoint
27 September 2020 | Ak4tiviti TerkiniPada 26 September 2020, seramai 5 orang pelajar sekolah rendah telah mengikuti kelas kenali bendera negeri di dalam Malaysia menggunakan PowerPoint. Antara bendera negeri yang mereka pilih adalah negeri Sarawak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis. Melalui kelas ini, mereka mulai rasa seronok untuk mengetahui apakah rupa bendera negeri-negeri yang terdapat di dalam Malaysia sebelum membuat pilihan bendera yang akan digunakan di dalam poster mereka nanti.
Mereka telah diminta untuk memilih satu benderi negeri sahaja dan mencari maklumat apakah maksud warna dan lambang yang terdapat pada bendera yang telah dipilih. Antara kesukaran mereka adalah tidak tahu cara untuk mendapatkan maklumat yang sesuai. Namun, selepas diajar dengan membuka beberapa sumber dari Internet dan membuat perbandingan, mereka akhirnya merasakan mudah untuk mendapatkan maklumat yang diingini.
Mereka diajar cara mengambil perkataan yang penting sahaja dan diringkaskan untuk diletakkan di dalam poster PowerPoint. Seterusnya, mereka diajar menggunakan fungsi Animasi untuk diaplikasikan pada gambar bendera dan maklumat di dalam poster tersebut. Hasilnya, mereka dapat menghasilkan poster yang sangat menarik selain rasa teruja untuk mengetahui maksud warna dan simbol yang terdapat pada bendera negeri lain yang telah dipilih oleh rakan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: