Lagu Patriotik Malaysia
30 Ogos 2020 | Ak4tiviti TerkiniPada 29 Ogos 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas untuk para pelajar mempelajari dan menghayati lirik beberapa buah lagu patriotik Malaysia yang mereka gemari. Lagu yang mereka pilih adalah Saya Anak Malaysia dan Keranamu Malaysia. Lirik lagu beserta format yang dikehendaki telah disediakan bercetak oleh pengajar dan mereka diminta untuk menaip semula berpandukan cetakan tersebut.
Setelah selesai, mereka telah diminta untuk menyanyi beramai-ramai dengan merujuk lirik yang telah disediakan agar mereka dapat menyanyikan lagu tersebut dengan betul. Beberapa kuiz yang berkaitan dengan lagu patriotik juga telah diadakan untuk menguji penghayatan dan kefahaman mereka terhadap seni kata lagu-lagu tersebut. Pengenalan ringkas berkaitan Klik Dengan Bijak dan Advokasi turut diadakan agar mereka sentiasa peka dan berhemah ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: