Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Senibong
12 Mac 2020 | Ak4tiviti TerkiniPada 11 Mac 2020, Pihak Pusat Internet di bawah Kluster Lundu yang terdiri daripada 6 buah PI telah mengadakan program Advokasi KDB di SMK Senibong, Lundu bersama pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang budaya dalam dunia teknologi dan internet masa kini.
Ini sekaligus memberi pengetahuan awal kepada para pelajar supaya dijadikan garis panduan dan dipraktikkan dalam aktiviti media social mereka khususnya. Seramai 397 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Aktiviti seperti permainan Klik Dengan Bijak turut dijalankan sebagai penambahan untuk pemahaman para pelajar. Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama guru dan para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: