Kelas Canva
26 Julai 2020 | Ak4tiviti TerkiniKelas Canva bersama pelajar dari kawasan setempat telah diadakan pada 25 Julai 2020 bertempat di Pusat Internet Kg Stungkor baru. Mereka telah diajar cara muat turun gambar masing-masing yang telah dihantar di emel yang digunakan. Tema yang dipilih adalah membuat kad jemputan hari jadi menggunakan template yang terdapat di dalam Canva. Selain itu, mereka juga diberikan penerangan berkaitan cara penggunaan Sebenarnya.my untuk mengesahkan kesahihan berita yang tular di media social.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: