ICT Training / Email / Facebook / KDB
15 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniPada 14 March 2015, Pusat Internet telah mengadakan kursus latihan ICT / Email / Facebook / Klik Dengan Bijak. Tujuan kelas ini di adakan adalah untuk memberi panduan tentang cara membuat email, mendaftar akaun Facebook dengan menggunakan email, mencari bahan bacaan di Internet / blog dan sedikit penerangan mengenai kempen Klik Dengan Bijak. Antara yang hadir mengikuti kelas ini adalah daripada komuniti setempat dan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Dapat mendedahkan sesuatu teknologi bagi tujuan pembelajaran
- Mencari informasi yang berguna disamping mengajar mereka agar
tidak mudah terpedaya dengan ancaman dunia siber.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Permainan secara online seperti TypeRacer
- Mengarang berita dengan berpandukan sumber dari Internet
Perlaksanaan utama aktiviti:
Email
Mendaftar email bagi tujuan komunikasi serta cara untuk mengelakkan SPAM serta beberapa elemen Klik Dengan Bijak
Facebook
Mendaftar akaun Facebook agar mereka dapat menggunakannya sebagai salah satu tempat berkomunikasi
TypeRacer (Online Game)
Melatih menaip dengan pantas dan tepat
Klik Dengan Bijak
Kempen keselamatan ketika menggunakan Internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: