3D Printer & Lego Education
30 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 28 - 29 January 2016, pengurus Pusat Internet Kpg. Stungkor Baru serta beberapa pengurus Pusat Internet yang lain telah mengikuti Bengkel 3D Printer & LEGO Education yang bertempat di Kemaman Innovation Centre, Terengganu.
Bengkel yang dijalankan selama 2 hari ni bertujuan melatih para peserta mengenai peluang perniagaan dalam industry percetakan 3D serta LEGO Education.
LEGO Education pula berfungsi untuk melatih para peserta mengenai daya kreativiti serta menguji tahap pemikiran menyelesaikan sesuatu dengan lebih berkesan. LEGO bukan hanya berbentuk permainan tetapi ianya juga melibatkan industry robotic dimana LEGO Education menekankan aspek pembangunan robotic serta pengaturcaraan sesuatu robotic itu.
Kebaikan dan kelebihan aktiviti:
Pelbagai kebaikan serta pengajaran yang diperolehi dari aktiviti ini. Antaranya;
1) Menambahkan ilmu pengetahuan mengenai industry robotic
2) Menambah ilmu pengetahuan mengenai industry 3D Printing
3) Menambah ilmu pengetahuan terutama dalam bidang keusahawanan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: