Kelas Menaip di PowerPoint
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Menaip di PowerPoint. Kelas telah dihadiri oleh 2 orang pelajar Tahun 3 dan 2 orang pelajar pra-sekolah. Di akhir kelas, peserta akan dapat menggunakan PowerPoint dalam menghasilkan pembelajaran yang menarik. Untuk peserta pra-sekolah, latihan yang diberikan adalah cara untuk menaip abjad ABC hingga Z dan nombor 1 hingga 10. Dengan cara ini, mereka menjadi lebih tertarik untuk belajar sambil menaipnya di PowerPoint. Untuk peserta Tahun 3, mereka telah diminta untuk membuat biodata diri dengan menggunakan PowerPoint. Pengajar telah menunjukkan contoh biodata yang telah disediakan sebagai rujukan. Mereka diminta untuk menukar gambar latar slaid kepada warna yang digemari. Kemudian, menaip biodata sendiri berpandukan contoh yang pengajar tunjukkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: