Kelas Menterjemah Perkataan Di Microsoft Word
14 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Menterjemah Perkataan di Microsoft Word. Objektif kelas adalah untuk memudahkan pelajar menterjemah perkataan yang ditaip di Microsoft Word kepada bahasa tertentu seperti English dan lain-lain. Pertama sekali, peserta diminta untuk menaip beberapa ayat mengikut topik yang mereka inginkan. Kemudian, “highlight” ayat yang dipilih, tekan “Review”, pilih “Translate”. Kotak pilihan di sebelah kanan Microsoft Word akan muncul. Bahagian “From” merujuk kepada bahasa asal perkataan yang kita ingin terjemahkan. Sebagai contoh, untuk Bahasa Malaysia, sila pilih Bahasa Indonesia. Bahagian “To” merujuk kepada bahasa terjemahan yang kita inginkan. Di akhir kelas, pelajar sangat teruja untuk menaip beberapa perkataan yang mereka inginkan dan terjemahkan kepada beberapa bahasa yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: