Kelas Teks Bergerak di PowerPoint
14 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Teks Bergerak di PowerPoint. Kelas telah dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Objektif kelas adalah agar peserta dapat menghasilkan teks bergerak di bawah slaid PowerPoint seperti yang sering kelihatan di skrin televisyen ketika siaran berita. Pada permulaan kelas, mereka telah ditunjukkan slaid yang mempunyai teks bergerak yang telah disediakan oleh pengajar sebagai rujukan. Kemudian, mereka diminta untuk membuat slaid pengenalan yang mempunyai tajuk kelas, tempat, tarikh dan nama mengikut citarasa masing-masing.
Mereka diarahkan untuk menukar gambar latar belakang slaid dengan warna yang diminati. Seterusnya, mencari gambar buku nota di internet dan membuang latar gambar tersebut menggunakan Remove.bg sebelum digunakan di slaid PowerPoint tadi. Untuk menghasilkan teks bergerak di bahagian bawah slaid PowerPoint, mereka diminta untuk menaip ayat “Kelas Teks Bergerak di PowerPoint - PEDi Kg Stungkor Baru”. Pilih ‘Animations – Fly In’ dan ‘Effect options – From Right’. Kemudian, ‘copy and paste’ teks yang pertama untuk menghasilkan teks kedua yang serupa. Timpakan teks kedua ke atas teks pertama. Untuk teks kedua, pilih ‘Animations – Fly Out’ dan ‘Effect options – To left’. Selesai dan peserta teruja dengan hasil kerja masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: