Kelas “Morph Transition” Dalam PowerPoint
21 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas “Morph Transition” Dalam PowerPoint. Objektif kelas adalah untuk mengajar peserta menggunakan “Morph” dalam menghasilkan pembentangan yang menarik ketika menggunakan PowerPoint. Sebagai contoh, untuk menghasilkan animasi yang terdiri daripada beberapa makanan yang bergerak dari luar skrin ke posisi yang ingin diperlihatkan kepada penonton. Pertama sekali, muat turun beberapa gambar makanan. “Crop” kawasan kosong pada setiap gambar. Susunkan mengikut kedudukan terakhir yang dingini. Setelah itu, “duplicate slide” untuk menghasilkan 2 slaid. Untuk slaid kedua, letakkan “Transitions - Morph” dan “Start - As previous”. Pada slaid pertama, keluarkan gambar, kecilkan saiz setiap objek dan letakkan secara rawak di luar kawasan slaid. Selesai. Para peserta sangat teruja dengan hasil kerja masing-masing dan ingin mencuba dengan objek lain pula.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: