Kelas Menaip Lirik Lagu Teguh Bersama
8 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 Ogos 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Menaip Lirik Lagu Teguh Bersama. Kelas telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Objektif kelas adalah untuk mendedahkan peserta tentang tema Hari Kebangsaan yang dipilih pada tahun ini adalah Teguh Bersama. Pada permulaan kelas, pelajar telah ditanya beberapa soalan seperti bilakah tarikh sambutan Hari Kemerdekaan, tema tahun ini, maksud Hari Kemerdekaan, sambutan tahun ke berapa, penghayatan Jalur Gemilang dan pelbagai lagi.
Mereka turut diajar cara untuk mendapatkan maklumat di internet untuk mencari jawapan bagi soalan tersebut. Kemudian, mereka telah ditunjukkan contoh poster yang mempunyai lirik lagu Teguh Bersama yang telah disediakan oleh pengajar sebagai rujukan. Mereka diminta untuk menggunakan Microsoft PowerPoint, mengubah saiz slaid kepada saiz A4, dan mengubah gambar latar slaid kepada gambar yang mempunyai Jalur Gemilang yang sesuai. Seterusnya, mereka mula menaip lirik lagu dan menghasilkan poster yang menarik. Mereka sangat teruja dengan hasil kerja masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: