Kelas Menulis Artikel Pendek
6 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Menulis Artikel Pendek. Kelas telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Mereka diminta untuk menyiapkan artikel dengan menggunakan Microsoft Word. Aktiviti dimulakan dengan menunjukkan contoh artikel yang telah disediakan oleh pengajar sebagai rujukan. Artikel yang perlu disediakan oleh pelajar adalah bertajuk "Kucing".
Mereka telah diminta untuk menaip tajuk di bahagian atas artikel, mengubah jenis, saiz dan warna tajuk mengikut kesesuaian. Seterusnya, mereka telah diajar cara untuk 'copy and paste' artikel daripada internet dan tampalkan di dalam Microsoft Word. Setelah itu, mereka turut diajar cara untuk membuat jarak pada permulaan perenggan dengan menggunakan 'tab'. Mereka turut diajar cara memuat turun gambar kucing yang diminati daripada hasil carian di internet dan masukkan ke dalam artikel. Di akhir kelas, mereka telah diberikan latihan untuk menyediakan sebuah artikel yang bertajuk "Harimau" dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari tadi. Latihan diberikan untuk menilai kebolehan dan kemahiran mereka untuk menyiapkan tugasan dengan bimbingan yang terhad daripada pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: