Kelas Teks Bergerak Dalam PowerPoint
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Teks Bergerak Dalam PowerPoint. Objektif kelas adalah untuk mengajar peserta menghasilkan teks yang bergerak di bahagian bawah skrin seperti yang sering dipaparkan di dalam televisyen khususnya ketika siaran Berita. Caranya adalah, taip dan atur kedudukan teks yang dipilih. Pilih “Animations – Fly In” dan “Effect options – From Right”. Kemudian, “copy and paste” teks yang pertama untuk menghasilkan teks kedua yang serupa. Timpakan teks kedua ke atas teks pertama. Untuk teks kedua, pilih “Animations – Fly Out” dan “Effect options – To left”. Selesai dan peserta teruja dengan hasil kerja masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: