Kelas Mengatur Posisi Gambar di PowerPoint
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2022, staf PEDi Kg Stungkor telah mengadakan Kelas Mengatur Posisi Gambar di PowerPoint dan telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Objektif kelas adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara untuk memastikan gambar yang ingin diletakkan dalam slaid PowerPoint adalah muat dengan saiz dan posisi yang dikehendaki. Pelajar menjadikan skrin pada gambar PC sebagai fokus utama. Skrin asal pada gambar tersebut adalah berwarna biru dan peserta dikehendaki untuk menukarnya kepada gambar lain. Caranya, pilih bentuk segi empat dan ubah saiznya untuk muat dengan skrin pada gambar PC tersebut. Kemudian, tekan kanan tetikus dan pilih masukkan gambar binatang yang telah dimuat turun. Tugasan selesai dan peserta teruja untuk mencubanya dengan pelbagai gambar yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: