Kelas Tukar PDF ke Microsoft Word
17 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Tukar PDF ke Microsoft Word. Kelas telah dihadiri oleh 2 orang peserta sekolah rendah. Kelas ini bertujuan mengajar peserta cara mudah untuk menukar PDF ke Microsoft Word tanpa menggunakan sebarang aplikasi. Mula-mula, pilih fail PDF yang diingini. Kemudian, buka Microsoft Word dan tekan minimize. Seretkan fail PDF yang telah dipilih ke dalam kotak Blank Document yang dipaparkan di Microsoft Word tadi. Tekan Ok, dan tunggu sebentar sehingga penukaran format dokumen tersebut selesai. Peserta berasa teruja dengan cara yang telah diajar oleh staf kerana mereka dapat menukar atau mengubah ayat dokumen tersebut dengan mudah dalam format Micorosft Word berbanding PDF.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: