Kelas Membuat Resume
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Membuat Resume. Kelas telah dihadiri oleh seorang peserta. Beliau memerlukan resume untuk dihantar ke tempat kerja yang ingin dimohonnya. Staf telah membantu dengan mencari templat resume yang sesuai, menarik, padat dan lengkap. Penggunaan PowerPoint adalah sangat mudah kerana sebarang bentuk atau gambar yang dimasukkan senang diatur berbanding Microsoft Word. Pilih saiz slaid dengan memilih saiz A4. Kemudian, masukkan bentuk segi empat tepat dan pilih warna yang bersesuaian. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nama pemohon, maklumat untuk dihubungi, kebolehan berbahasa, kemahiran yang dimiliki, latar belakang akademik, pengalaman kerja dan maklumat rujukan. Pilih tulisan dan saiz yang bersesuaian. Masukkan gambar pemohon dan ubah di kedudukan yang sesuai. Peserta berpuas hati dengan resume yang dihasilkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: