Kursus Latihan Pengendali Makanan (anjuran Dual Aces Resources)
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah dijadikan tempat untuk beberapa orang peserta Kursus Latihan Pengendali Makanan menghadiri kursus tersebut. Kursus tersebut dianjurkan oleh Dual Aces Reources dan dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Zoom. Disebabkan terdapat beberapa kesulitan, maka para peserta telah meminta bantuan dari staf PEDi untuk membantu mereka sepanjang kursus dijalankan. Selain itu, staff PEDi turut mengambil peluang dengan mengadakan Kelas Menggunakan Zoom sebelum peserta menghadiri kursus. Hasil daripada bimbingan staf PEDi, peserta semakin lancar dan yakin untuk menggunakan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: