Kelas Menggunakan Zoom
21 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Menggunakan Zoom dan telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Kelas ini dijalankan adalah bertujuan mengajar peserta cara menggunakan Zoom dan tetapan tertentu sebagai persediaan menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan secara atas talian anjuran Dual Aces Resources. Pertama sekali, peserta diajar cara membuka laman web Zoom, pilih sertai Zoom, masukkan ID, nama dan kata laluan yang telah diberikan. Setelah itu, mereka diajar cara menggunakan butang kamera dan suara serta cara mengawal penggunaannya. Mereka diajar cara menggunakan ruangan “chat” dan membuka pautan yang diberikan oleh pengajar. Peserta sangat teruja menyertai kelas ini dan berjaya mengaplikasikannya ketika Kursus Latihan Pengendali Makanan dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: