Kelas Mengubah Saiz Slaid PowerPoint
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Mengubah Saiz Slaid PowerPoint. Objektif kelas adalah untuk mengajar pelajar cara mengubah saiz slaid kepada saiz yang dikehendaki. Sebagai contoh, peserta boleh mengubah saiz kepada saiz A4 dan ukuran secara automatik akan dimasukkan. Ataupun, peserta boleh meletakkan saiz yang diingini dalam unit pixel, cm, inci atau pelbagai yang secara automatik akan ditukar kepada unit sedia ada. Penggunaan PowerPoint sangatlah mudah dan menjadi pilihan dalam menghasilkan gambar rajah, poster, resume dan pelbagai lagi yang dikendaki dalam saiz tertentu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: