Kelas Microsoft Excel
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2022, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Microsoft Excel. Kelas dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Objektif kelas adalah agar pelajar dapat mengetahui beberapa trik yang boleh dipakai untuk memudahkan kerja ketika menggunakan Microsoft Excel. Antaranya adalah ketika ingin menulis angka dari 1 hingga angka tertentu dengan mudah. Caranya, taipkan angka 1. Kemudian, sambil tekan Alt, jari kanan tekan H F I S. Angka yang dikehendaki akan keluar secara automatik. Selain itu, mereka juga diajar cara meletak simbol “:”. Peserta teruja dengan trik yang diajar kerana menarik dan dapat menjimatkan masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: