Program Pengurusan Risiko Dalam Talian
12 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2022, PEDi Kg Stungkor Baru dan PEDi Kg Pandan teleh berkolaborasi mengadakan Program Pengurusan Risiko Dalam Talian secara atas talian. Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang risiko yang terdapat dalam talian. Antara risiko dalam talian adalah seperti terlebih kongsi maklumat, maklumat palsu, penipuan kewangan dan keganasan siber. Semua perbuatan ini jika tidak dikawal akan memberi kesan negatif kepada pengguna, masyarakat dan negara. Beberapa maklumat yang tidak patut dikongsi adalah seperti alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon, gambar-gambar intim, lokasi pergerakan terkini dan maklumat-maklumat sulit. Beberapa contoh dan situasi yang mudah difahami serta cara menangani turut disertakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: