Kelas Membuat Gambar Menu
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2022, staf PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Membuat Gambar Menu kepada seorang usahawan tempatan, Puan Nowien. Beliau merupakan pemilik kedai makan yang meminta bantuan daripada staf untuk membantunya menyediakan gambar menu untuk ditampal di kedai. Beliau diajar cara mengambil gambar makanan menggunakan telefon bimbitnya.
Dengan menggunakan Microsoft PowerPoint, beliau diajar cara mengubah saiz slaid, mengubah gambar atau warna latar menu, menambah tulisan dan memasukkan gambar makanan. Beliau sangat berpuas hati dan berhasrat untuk mengikut pelbagai kelas usahawan lagi yang dapat membantu dalam urusan perniagaannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: