Kelas Microsoft Word 2
20 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2021, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Micrsoft Word bertemakan Hidup Sihat Tanpa Dadah. Kelas telah dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan mematuhi SOP yang telah diwajibkan sepanjang kelas dijalankan. Tema yang dipilih adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa pengambilan dadah terlarang akan membawa musibah kepada diri sendiri dan secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada keluarga dan masyarakat. Mereka telah diajar untuk menyalin semula artikel yang disediakan dan mengubah mengikut format yang diminta. Antara format yang diminta adalah cara penggunaan “Bold”, “Tab”, “paragraph setting”, “font setting” dan pelbagai lagi. Kemahiran menaip mereka semakin baik. Selain itu, mereka disuruh untuk mencari gambar berkaitan di Internet sebelum dimuat turun. Kemudian, mereka diajar cara mengatur kedudukan gambar ketika menggunakan Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: