Kelas Microsoft Word
19 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2021, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Microsoft Word dan memilih tajuk artikel Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Internet. Peserta telah diberikan tutorial setiap fungsi asas yang terdapat dalam Microsoft Word seperti saiz, tulisan dan pelbagai lain. Mereka diberikan latihan yang ringkas cara menggunakan setiap fungsi yang diberitahu oleh pengajar. Kemudian, barulah mereka diminta untuk menaip semula artikel yang telah disediakan untuk menguji kefahaman mereka dengan lebih mendalam lagi. Mereka turut diajarkan beberapa fungsi pada papan kekunci yang dapat melancarkan proses menaip. Antaranya adalah penggunaan “Tab” untuk menghasilkan jarak yang seragam dan bagi permulaan perenggan. Melalui tunjuk ajar dan latihan yang diberikan, peserta menjadi lebih yakin dan lancar untuk menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: