Microsoft Word Menggunakan Telefon Pintar
9 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 08 Jun 2021, staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Microsoft Word Menggunakan Telefon Pintar. Rakaman tutorial telah dilakukan dan dimuat naik ke Facebook Page Pusat Internet Kg Stungkor Baru. Tutorial ini dilakukan untuk memberi inisiatif kepada pelajar yang memerlukan penggunaan Microsoft Word tetapi tidak mempunyai komputer. Maka, mereka boleh memuat turun aplikasi Microsoft Word atau “Document” di telefon pintar masing-masing. Pelbagai template percuma dan berbayar serta pelbagai kategori template turut disediakan. Antara ketagori template adalah seperti membuat resume, surat, pelbagai borang untuk kegunaan pejabat, kalendar dan pelbagai lagi. Mereka boleh memilih template yang bersesuaian untuk kegunaan sendiri. Pelbagai fungsi umum turut disediakan walaupun agak terhad. Namun, para pelajar tetap masih boleh menyiapkan tugasan masing-masing dengan sempurna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: