Kelas M. Word & Merangka Pantun
11 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2021, Kelas M. Word dan Merangka Pantun telah diadakan pada kali kedua untuk peserta yang seterusnya di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru. Sebelum mengikuti kelas, peserta diminta untuk membuat temu janji untuk kelas yang bakal diadakan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepenjang berada di dalam PIK. Mereka telah diminta untuk mengubah format pada M. Word sebelum digunakan untuk menyalin pantun yang telah diberikan. Contohnya, memilih jenis tulisan Arial, saiz 11, jarak 1.5 dan “margin” Normal. Seterusnya, mereka didedahkan dengan perbezaan pantun 2 kerat dan 4 kertas, kedudukan dan kegunaan pembayang dan maksud serta peraturan hujung suku kata haruslah sama untuk membina pantun yang menarik. Pengguan “Enter” juga diajar sebelum memulakan barisan ayat yang seterusnya. Di akhir kelas, mereka telah diminta untuk merangka pantun sendiri atau dengan membuat rujukan di internet.
Berakit menyeberang lautan samudera,
Badai gelora rela digagahi,
Covid sedang bermaharajarela,
Mari bersama kita hindari.
Menjala ikan terus ke senja,
Terjala ular panjang sehasta,
Korona bukan virus biasa,
Cepat menular menerkam mangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: