Kelas M. Word & Merangka Pantun
10 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2021, seramai 5 orang peserta telah menyertai Kelas M. Word & Merangka Pantun yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru. Kedatangan mereka ke kelas adalah melalui temujanji yang dibuat sehari sebelum kelas diadakan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Mereka telah diajar mengubah format yang sesuai pada Microsoft Word sebelum digunakan untuk menyalin pantun yang diberikan.
Mereka turut disarankan setiap ayat yang seterusnya dalam Pantun 4 kerat mahupun 2 kerat haruslah diletakkan pada barisan seterusnya di bawah dengan menekan “Enter”. Setiap penghujung ayat harus diletakkan koma kecuali barisan terakhir yang diletakkan noktah. Tatabahasa dan pemahaman yang betul ditekankan agar mereka dapat menghasilkan pantun yang betul. Mereka juga diminta untuk mencari pembayang dan maksud dalam setiap pantun dan cuba menghuraikan maksudnya. Di akhir kelas, mereka disuruh menyediakan pantun yang mudah atau dengan membuat rujukan di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: