Kuiz Matematik
15 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2021, staf Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan kuiz secara atas talian. Kuiz Matematik telah disediakan dengan menggunakan Quiziz.com dan pautan dimuat naik di Facebook Page Pusat Internet Kg Stungkor Baru untuk dijawab oleh para pengunjung yang melihatnya. Soalan darab yang mudah telah disediakan dan sesuai untuk dijawab oleh semua peringkat umur. Masa menjawab untuk setiap soalan adalah selama 10 saat sahaja. Masa yang singkat diberikan untuk menguji ketangkasan mereka dalam menghafal sifir tersebut serta dapat memilih jawapan yang tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: