Membuat Buku Rancangan Tahunan Menggunakan PowerPoint
13 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2021, Kelas Membuat Buku Rancangan Tahunan Menggunakan PowerPoint telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Stungkor Baru. Kelas tersebut telah diadaptasikan daripada video tutorial di Youtube. Buku yang dihasilkan itu membenarkan pelajar untuk membuat rancangan pada setiap bulan dan diberikan penanda pada tepi buku. Buku yang dihasilkan dengan PowerPoint tersebut akan nampak lebih realistik dan menarik apabila dipersembahkan. Kelas yang diadakan sangat menarik kerana para pelajar akan dapat melihat bahawa fungsi-fungsi yang terdapat di dalam PowerPoint dapat memberikan pelbagai hasil kerja yang kreatif dan inovatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: