Advokasi Penipuan Kewangan
14 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru telah mengadakan Advokasi Penipuan Kewangan di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Kg Stungkor Baru. Advokasi ini bertujuan memberi pendedahan maksud, taktik pemangsa dan cara mengelak menjadi mangsa penipuan kewangan. Penipuan kewangan adalah jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit. Antara jenis penipuan kewangan adalah scam di mana pemangsa mendapatkan kepercayaan dari mangsa dengan janji manis dan biasa berlaku ke atas urusan jual beli, peraduan atau penipuan cinta. Seterusnya, penipuan jual beli internet di mana pembeli tidak menerima barang yang dibeli walaupun telah membuat bayaran atau menerima barangan yang lain daripada yang diiklankan. Phishing pula cubaan penipuan melibatkan teknik mencuri maklumat sulit dengan menggunakan penyamaran dan emel sebagai medium.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: