Advokasi Penipuan Kewangan
12 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember 2021, PEDi Kg Stungkor Baru telah mengadakan Advokasi Penipuan Kewangan di Bilik Latihan PEDi Kg Stungkor Baru. Program dilakukan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Advokasi ini bertujuan memberi pendedahan maksud, tipu helah yang sering dipakai oleh pemangsa dan cara mengelak menjadi mangsa penipuan kewangan ini. Penipuan kewangan adalah jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit. Antara jenis penipuan kewangan adalah scam di mana pemangsa mendapatkan kepercayaan dari mangsa dengan janji manis dan biasa berlaku ke atas urusan jual beli, peraduan atau penipuan cinta. Seterusnya, penipuan jual beli internet di mana pembeli tidak menerima barang yang dibeli walaupun telah membuat bayaran atau menerima barangan yang lain daripada yang diiklankan. Phishing pula cubaan penipuan melibatkan teknik mencuri maklumat sulit dengan menggunakan penyamaran dan emel sebagai medium. Mangsa yang telah terkena digalakkan untuk membuat laporan polis agar dapat mengelakkan perkara tersebut berleluasa. Namun, adalah lebih baik kita mengamalkan sikap berwaspada ketika berurusan dengan orang mencurigakan dan tidak dikenali.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: