Membuat Kad ID Menggunakan M. Word
21 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2021, PIK Kg Stungkor Baru telah mengadakan kelas Membuat Kad ID Menggunakan M. Word dan peserta dibahagikan kepada Sesi 1 (3 peserta) dan Sesi 2 (4 peserta). Pembahagian sesi dibuat untuk mematuhi SOP berikutan penularan wabak Covid-19. Peserta telah diajar cara untuk membuat kad ID dengan mencari rujukan di Youtube dan diubah mengikut kreativiti sendiri.
Mereka telah diajar cara mengubah saiz bentuk, mengubah bentuk yang dipilih, meletak gambar dan menulis dalam bentuk tersebut. Mereka juga dengan gembiranya memilih gambar artis yang diminati dan belajar cara untuk menyimpan gambar tersebut di dalam komputer. Gambar yang telah dimuat turun kemudiannya di”crop” berbentuk bulatan. Walaupun agak sukar bagi mereka, tpi mereka masih dapat menghasilkan Kad Id yang menarik. Mereka juga merasakan Youtube adalah medium pembelajaran yang menarik dan mudah untuk difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: