Membuat Surat Rasmi Menggunakan M. Word
29 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 28 Januari 2021, PIK Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Membuat Surat Rasmi Menggunakan M. Word bersama beberapa orang ahli pelajar sekolah rendah. Mereka telah diajar contoh membuat surat rasmi ketidakhadiran ke sekolah disebabkan tidak sihat. Mereka hendaklah mematuhi format surat rasmi, ejaan dan tatabahasa yang betul sebagai latihan tambahan. Sebagai contoh, pelajar mestilah meletakkan alamat penulis di atas, diikuti garisan, alamat penerima, tarikh, panggilan untuk penerima, tajuk surat, isi surat dan diakhiri dengan tandatangan pengirim. Diharapkan kelas ini dapat dijadikan sebagai latihan tambahan untuk mereka dan contoh penulisan surat rasmi. Tidak lupa juga, kelas diadakan dengan mematuhi SOP yang telah digariskan berikutan penularan wabak Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: