Membuat Resume Menggunakan Canva.com
19 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Stungkor Baru telah mengadakan Kelas Membuat Resume Menggunakan Canva.com. Hal ini berikutan, terdapat permintaan daripada salah seorang ahli PIK yang ingin diberikan tunjuk ajar menghasilkan resume menggunakan Canva. Mula-mula, log masuk ke Canva dengan menggunakan emel masing-masing. Pilih kategori resume dan sub-kategori profesional. Pilih template yang disediakan sama ada yang percuma atau berbayar. Kemudian, tukarkan gambar dan maklumat di dalam template tersebut. Resume yang bagus adalah mempunyai gambar bersaiz passport dan berpakaian formal, nama, tahap pendidikan, pengalaman kerja, maklumat yang boleh digunakan untuk dihubungi, kemahiran dan bahasa yang telah dikuasai. Template resume yang terdapat di dalam Canva amatlah menarik dan mudah diubah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: